Thursday, 26 December 2013

Amalan Sunat Pada Hari JUmaat

0

Jumaat adalah penghulu segala hari.. mari kita memperbanyakan amalan sunat pada hari ini. biarlah sedikit, asalkan berterusan daripada tiada lansung amalan sunat yang kita lalukan untuk diri kita sendiri. diantara amalan sunat yang dituntut adalah:

1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w. maksudnya, "Perbanyakkan selawat kepadaKu pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaKu satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali."

2. Membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." ( Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi )
3. Mandi sunat, berhias, dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari ini ( jumaat ) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Jika dia memiliki minyak wangi, maka hendaklah dia memakainya." ( Riwayat Ibn Mjah dan Sanad Hasan )
4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut:

waktu masuk ke masjid.... seolah-olah berkorban....

* Awal waktu * seekor unta

* waktu kedua * seekor lembu

* waktu ketiga * seekor kambing kibas

* waktu keempat * seekor ayam

* wakru terakhir * sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan Imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda Baginda yang bermaksud, "Hadirlah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syuga meskipin ia memasukinya." ( Riwayat Abu Duad dan al- Hakim )

semoga kita mendapat manafaatnya bersama-sama. Jangan lepaskan peluang ini. Siapa tahu ini adlah jumaat kita yang terakhir...

Add caption


0 comments:

Post a Comment